Perpustakaan
Kolej Yayasan Melaka ( KYM ) telah
ditubuhkan pada awal 1998 iaitu selepas
setahun KYM ditubuhkan. Ketika itu
Puan Suzaimah Bte Sulaiman telah memangku
jawatan Pustakawan selama sebulan
sebelum diambil alih oleh Pustakawan
Puan Rohaizah Bte Jaafar sehingga
April 2000. Jumlah buku pada ketika
itu lebih kurang 3,000 buah buku dengan
ruang yang terhad dan hanya dapat
menampung kapasiti seramai 8 orang
pengguna sahaja.
Apabila jumlah pelajar semakin meningkat,
perpustakaan telah dipindahkan ke
tempat yang lebih luas dan selesa
iaitu ke Bangunan Akademik Aras 2
pada 13 Julai 1999. Lokasi baru ini
boleh menempatkan seramai 80 orang
pelajar. Bilangan buku juga telah
bertambah sehingga 13,000 buah.
Pada akhir April 2000, pustakawan
sekali lagi bertukar dan diterajui
oleh Encik Zulkifli Bin Sharudin.
Memandangkan jumlah pelajar KYM ketika
itu mencapai sehingga lima ribu orang,
maka banyak pembaharuan telah beliau
lakukan untuk menampung keperluan
pelajar antaranya membesarkan lagi
ruang perpustakaan sehingga mampu
menampung sehingga 250 orang dalam
satu masa, memperkenalkan Sistem Pengkalan
Maklumat melalui pengkelasan Library
of Congress Classification (LCC),
menggunakan perisisan Winlsis untuk
memasukkan semua data katalog yang
boleh diakses melalui OPAC (Online
Public Access Catalog) dan bekerjasama
dengan Jabatan Perkhidmatan Teknologi
Maklumat KYM memperkenalkan Sistem
Automasi Perpustakaan yang lebih dikenali
sebagai KIT Library pada tahun 2004.
Kini, bagi memantapkan pengurusan
Perpustakaan KYM, pada Oktober 2005,
Datin Noraini binti Mohd Darus dilantik
sebagai Ketua Jabatan Perpustakaan
dengan membawa misi ingin menjadikan
perpustakaan sebagai satu pusat yang
dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan
para pelajar dan kakitangan dari segi
penyediaan bahan-bahan penyelidikan
dan kemudahan-kemudahan berteknologi
terkini yang setaraf malah lebih baik
berbanding dengan institusi-institusi
pengajian tinggi swasta yang lain.
Objektif
Objektif Perpustakaan ialah untuk
menyokong kegiatan pengajaran, pembelajaran
dan penyelidikan di Kolej Yayasan
Melaka di samping memajukan pendidikan
liberal pengguna-penggunanya termasuklah
para pelajar, para pensyarah dan juga
para kakitangannya.
Misi
ï Menyediakan koleksi yang menjurus
/ khusus kepada bidang kursus yang
ditawarkan.
ï Memenuhi keperluan maklumat kepada
para pengguna Perpustakaan.
ï Mendukung rancangan dan program
KYM dalam melahirkan golongan professional
yang mempunyai ketahanan dari segi
minda, fizikal dan rohani.
ï Memperoleh, mengatur dan menyediakan
sumber maklumat yang berkualiti sejajar
dengan motto kolej iaitu “ MENJANA
SUMBER MANUSIA TERDIDIK DAN TERLATIH
”.
ï Membantu pelajar membuat rujukan
serta menyediakan tempat untuk mereka
mengulangkaji pelajaran serta membuat
penyelidikan.
ï Berfungsi sebagai pusat sumber maklumat
yang membantu bakal graduan mematuhi
maklumat yang sesuai dengan pengkhususan
masing-masing. |