Larangan
Am
1. Seseorang pelajar tidak boleh:
- Melanggar apa-apa arahan Pustakawan, anggota
perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain
berkenaan dengan penggunaan perpustakaan,
buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-
kemudahan lain dalam perpustakaan.
LARANGAN UMUM
1. Semua pengguna Perpustakaan tertakluk
kepada peraturan Perpustakaan.
2. Semua staf Perpustakaan diberi kuasa
untuk melaksanakan peraturan ini.
3. Hanya pengguna yang mempunyai kad keahlian
/ kad matrik / surat kebenaran sahaja dibenarkan
masuk ke Perpustakaan.
4. Pustakawan berhak untuk menahan pengguna
yang melanggar peraturan daripada menggunakan
kemudahan Perpustakaan dan jika perlu, tindakan
disiplin akan dikenakan.
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
1. Perpustakaan dibuka kepada semua warga
kolej.
3. Perpustakaan juga boleh mempertimbangkan
permohonan untuk mendapatkan kemudahan koleksi
tesis untuk rujukan para pensyarah dan kakitangan.
4. Semua pelajar yang berada di dalam Perpustakaan
dikehendaki mempamerkan kad matrik / surat
kebenaran apabila diminta.
5. Pengguna dilarang membiarkan kanak-kanak
dibawah umur 12 tahun berada di dalam Perpustakaan
tanpa pengawasan.
PERILAKU PENGGUNA
1. Beg dan bungkusan (kecuali beg tangan)
tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan.
Semua beg dan bungkusan hendaklah diletakkan
di rak yang disediakan di luar Perpustakaan
atas tanggungjawab sendiri.
2. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang
persendirian yang ditinggalkan di dalam
Perpustakaan.
3. Kerusi, meja dan perabot Perpustakaan
tidak boleh dipindahkan dari tempat asalnya.
4. Pengguna yang didapati menanda, merosak
atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan
Perpustakaan atau berkelakuan yang mana
boleh membawa kerosakan kepada barang-barang
tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
5. Pengguna Perpustakaan yang didapati makan,
minum, merokok, mengotor atau tidur di mana-mana
tempat di dalam Perpustakaan akan diminta
meninggalkan kawasan Perpustakaan.
6. Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan
menggunakan kad matrik pengguna lain.
7. Perbuatan menyorok buku / bahan Perpustakaan
adalah satu kesalahan.
8. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising
atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana
pembelajaran. Staf Perpustakaan berhak untuk
meminta pengguna yang dianggap mengganggu
ketenteraman pengguna lain supaya keluar
dari Perpustakaan.
9. Tempahan tempat duduk di kawasan membaca
tidak dibenarkan. Semua buku dan barang
persendirian yang ditinggalkan di atas kerusi
/ meja melebihi 20 minit tanpa digunakan
akan dikutip
oleh staf Perpustakaan.
10. Semua barang yang tertinggal di kawasan
membaca semasa Perpustakaan ditutup boleh
dituntut di
Kaunter Pinjaman (Hadapan).
11. Semua pengguna mesti menunjukkan semua
bahan kepada pegawai bertugas semasa hendak
keluar
dari Perpustakaan.
12. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar
apa-apa bahan Perpustakaan tanpa pinjaman
yang sah.
13. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar
bahan / buku yang melewati tarikh pemulangannya
dari
Perpustakaan.
14. Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas
dan mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan
oleh
Kolej Yayasan Melaka. Staff bertugas berhak
meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan
ini meninggalkan Perpustakaan.
15. Buku-buku yang dipinjam adalah dianggap
masih lagi didalam pinjaman sehingga rekod
dibatalkan
melalui Kaunter Pinjaman. Peminjam juga
hendaklah memastikan bahawa tarikh pemulangan
telah
dibatalkan semasa buku dikembalikan.
PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Tempoh pinjaman untuk bahan-bahan Perpustakaan
telah ditetapkan dan peraturan ini mestilah
dipatuhi setiap masa.
2. Setiap peminjam mesti menunjukkan kad
matrik semasa membuat pinjaman atau pembaharuan.
3. Perkhidmatan pinjaman ditamatkan setengah
jam sebelum Perpustakaan ditutup.
4. Pustakawan berhak mendapatkan balik bahan
yang telah dipinjam pada bila-bila masa
walaupun
tempoh pinjaman belum berakhir.
5. Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan
sebelum atau pada tarikh akhir tempoh pinjaman.
Pembaharuan boleh dibuat pada bila-bila
masa jika tidak ada pengguna lain yang menempah
bahan
tersebut.
6. Pengguna bertanggungjawab ke atas semua
bahan yang dipinjam.
7. Kehilangan atau kerosakan bahan Perpustakaan
mesti dilaporkan dengan segera. Pengguna
akan
dikenakan bayaran harga bahan yang berkenaan.
8. Bahan berikut tidak dibenarkan untuk
dibawa keluar dari Perpustakaan dan hanya
boleh dipinjam
untuk kegunaan di dalam Perpustakaan sahaja:
a) Buku Pinjaman Perpustakaan yang belum
discan.
b) Majalah-majalah.
c) Buku Rujukan
d) Tesis
10. Semua bahan persendirian seperti fail
dan buku tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam
perpustakaan.
11. Bagi pembaca yang ingin membuat catatan,
mereka boleh membawa masuk
catatan sendiri bagi tujuan tersebut.
|