Perpustakaan
KYM telah menyediakan beberapa jenis perkhidmatan
untuk para pelajar dan kakitangan. Antara
perkhidmatan yang disediakan di sini adalah
seperti berikut:
PINJAMAN BUKU
Pinjaman hanya dibenarkan kepada ahli yang
berdaftar dengan Perpustakaan KYM. Bagi
pelajar, had pinjaman yang dibenarkan sebanyak
2 buah buku sahaja dan tempoh pemulangan
adalah selama 7 hari. Manakala bagi kakitangan,
had pinjaman adalah sebanyak 3 buah buku
dan tempoh peminjaman adalah selama 14 hari.
RUJUKAN
Perpustakaan telah menyediakan pelbagai
bahan rujukan yang meliputi buku rujukan,
keratan akhbar, majalah, koleksi soalan-soalan
peperiksaan, tesis, projek, risalah dan
lain-lain mengikut keperluan para pelajar.
AKHBAR DAN MAJALAH
Terdapat akhbar harian yang meliputi pelbagai
bahasa turut disediakan untuk pengguna yang
boleh didapati daripada Bahagian Akhbar.
Majalah keluaran setiap bulan daripada pelbagai
aspek dan bahasa pula boleh diperolehi daripada
Bahagian Majalah
DIGITAL LIBRARY
Perpustakaan telah menyediakan sebanyak
14 buah komputer untuk para pelajar mencari
bahan atau maklumat melalui digital library.
Pelajar diberi kemudahan penggunaan internet
secara percuma untuk pencarian maklumat.
Pelajar hanya perlu memasukkan “username”
dan “password” yang telah berdaftar
untuk melayari internet. Setiap cetakan
akan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan.
Selain itu, pembelian disket juga boleh
dibuat di Kaunter Pinjaman Perpustakaan.
Bagi pelajar yang menghadapi masalah dalam
penggunaan digital library hendaklah mendapatkan
bantuan daripada kakitangan yang bertugas.
PENCARIAN MAKLUMAT ATAS TALIAN (OPAC
)
Terdapat juga kemudahan perkhidmatan pencarian
buku secara talian (online). Pengguna yang
berminat boleh menggunakan sistem ini di
Komputer 01. Sistem ini dikenali sebagai
OPAC (Online Public Access Catalogue).
PERKHIDMATAN FOTOSTAT
Terdapat 2 sebuah mesin fotostat digital
yang disediakan kepada para pelajar. Para
pelajar hanya dibenarkan membuat salinan
daripada bahan-bahan rujukan yang dibenarkan
sahaja. Kadar bayaran adalah seperti yang
telah ditetapkan. Bagi kemudahan pelajar
kami juga menjual kad photostet yang berharga
RM10.
SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu
para pelajar dan pensyarah-pensyarah meminjam
atau mendapatkan bahan perpustakaan yang
tidak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan
KYM. Polisi dan prosedur permohonan dan
pinjaman bahan perkhidmatan SPP adalah tertakluk
kepada Perpustakaan KYM dengan Perpustakaan
pembekal (IPTA dan IPTS).
KAWASAN “HOT SPOT”
Para pelajar boleh mengakses internet melalui
notebook sendiri di Perpustakaan KYM di
kawasan yang berdekatan ruang tengah bangunan
akademik, penggunaan elektrik kolej adalah
dibenarkan. |